Tuesday, November 17, 2009

Penuhi masa

Maaf blog, sebab dah lama tak update. Geram, terasa, benci, pahit, pilu, segala rasa ramuan ini bermain di hatiku bila terfikirkan tentang blog-blog yang wujud dalam blogger.com ni. Agaknya tak stabil emosi aku lagi sesudah dilemparkan kata-kata sinis, walaupun sahaja bergurau.

Back to the main point,
Maaf agak sebok kebelakangan ini. Aku telah dipanggil untuk mengambarkan filem koprat pendek UPM pada minggu sepanjang 7 hingga 11 hari bulan lepas. Rezeki mendatang, aku tadah dua tapak tangan. Memang sangat menjadi dan seronoknya tika itu. Namun, hanya saat itu. Pengalaman aku menjadi model dan pelakon untuk mewakili UPM ini amat berharga bagi ku. Dapat aku bertemu rakan-rakan baru.



Malangnya aku tak bisa meneruskan perbualan tika itu semasa aku masih berada di kampus UPM. Keadaan U-spot wireless agak terganggu dan aku sepi 3 hari berturut-turut.
Namun, pada salah satu malam tersebut kami dikejutkan dengan satu insiden kebakaran yang tidak jauh dari blok ku. Aras 4 bilik hujung blok lelaki, kolej 15 terbakar..!! Bomba datang lambat plak masa tu, api dah padam, mahasiswa kita ada kesedaran, bertanggungjawab, padamkan api sebelum merebak. Kecoh satu blok lelaki serumpun.

Aku baru sahaja dapat online masa ini. Ya, aku baru sahaja sampai di pangkuan keluargaku, di negeri aku membesar, di mana ada rumahku syurgaku, Sabah, negeri di bawah bayu. Aku terkejut setibanya di rumah, aku terasa agak kekok bila bilik ku dijajahi kedua adik perempuanku. Tidur di luar lagi la jawabnya. Aku tak kesah, sudah menjadi kebiasaan online hingga ke pagi di ruang tamu hingga tertidur di lantai, kadang berlapis, kadang biar begitu sahaja.

Tak dapat nak borak lama, nak rehat malam ni, baru sampai dari KLIA lewat petang tadi. Jika hari esok ada lagi, aku akan teruskan lagi, walau tak digemari, menulis karyaku, lirikku, segala apa dalam ketiga-tiga blog aku. Gerak dulu k, chiaow..~~

0 comments:

Post a Comment