Friday, December 25, 2009

Last day lepak di Kota Kinabalu

Malam ni malam terakhir aku di Sabah. Esok dah nek flight ke KL dah.
New year d KL babay..~~ Hapening la sgt kan. huahuahua..
Kluar le ak berjalan2, cuci2 mata, minum2 n benda wajib buat, Karox dgn members.. hahaha..
Keretaku yg baru sje servis dah ku bawak kua jln 140Km/jam (xde la laju pun) d jln2 KK ni yg xde high way. (ada yg kte highway tp 2 lorong aje kot) hahaha..
Jalan le ke tpt lepak baru ni (padahal dah 3 tahun siap), 1 Borneo KK (sblah UMS aje)

Pemandangan suram sket pd waktu mlm.. hehe..

Biasa le kan. Sabah ni meriah sungguh kalu X'mas ni. hehehe..

Then, pada malam yg sama, ak kua extend masa lepak ak d Jesselton Point d mana terletaknya d tepi pantai KK ni. Memang tempat yg saaangat Ideal utk dating and romancing. Hehehe..

Pintu masuk dah menarik kan..?? hehehe..

Kat sni ada gak tempat ak bersama member bermain futsal. SURIA KK nama die.. Harganya leh tahan gak. Tp jgn le g mse2 cuti2 M'sia, weekend n waktu mlm. berganda2 le bayarannya jwbnyer.. hahaha..

Lepak kat lua je..
Ak dok lua je mlm ni, melayan bayu2 lembut menepuk seluruh tubuhku. (waduh.. berfalsafah nampak) hahaha.. Layan sisha ngan member tepi2 pantai yg dah ada kemajuan ni memang best n menenangkan. Tp gambo melihat laut n jeti2 tak sempat nak amek lak. Pe leh wat. Cam phone ni dah kong dah di telan zaman. Hehehe..
So, ini aje la pengalaman ak berjalan2 lepak2 kat bandaraya hutan ni (nama je bandaraya hutan tp keadaannye mcm KL je. Sesak tol la..~~)
Jumpa lagi waktu dan rancanga yg sama. Renung2kan dan lu fikir la sndri..
Wakakakakaka..

Monday, December 21, 2009

Sambutan Christmas di Kota Kinabalu

Sambutan Christmas kali ini meriah lagi bila aku berada di Kota Kinabalu. Hanya di KK je sambutan perayaan pelbagai kaum diraikan dengan semeriah begini rasanya. Siap main bunga api lagi tu. Terasa tiada sempadan antara kaum sudah semestinya. Kedai cina, melayu masuk. Kedai india, cina masuk. Kedai melayu, cina pun masuk. Apa ada hal? Kita semua manusia biasa.


Pada 15, 16 dan 17 hb December yg lepas, aku membantu perniagaan kecil adik aku si Izzaaz tu. Dia berjaya mendapatkan satu lot berniaga sepanjang jalan gaya atau lebih dikenal dengan nama "Gaya Street". Setelah aku bersusah payah melayan kerenah acuh tak acuh die ni. Aduhai.. Sabar je..

Tujuan utama pada tika itu adalah untuk menjual "apam balik". Tetapi dengan dukacitanya (cewah.. dah start dah ni) pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu tidak membenarkan peniaga untuk memasak di kawasa perniagaan. So, dgn erti kata lain, tak dapek dah nak bukak kedai ni. Aduhai. Lalu, kami memutuskan untuk menjual air minuman tin sahaja pada malam itu.

Keadaan agak lengang pada mulanya, barusan sahaja tahu yg gaji goverment servant untuk bulan ini adalah pada 17hb Dec. So, nak tak nak, bkak aje lot tu. Memang agak mencabar nak jual air tin aje ni. Sampai ada member jadi frust tau (Umar dan Adam ikut kami berjual gak. Saje letak nama, kenal ke?) Jadi, keluar la mcm2 cadangan nak tambah pemainis la, produk la, barang la. Macam2 la dorang ni. Layaan je. Natijahnya, memang tak best langsung jual air tin. Bikin panas itu DBKK nda mo kasi kami masak kuih. Atuuuuukooooiii..~~ [kalu x paham tu, buat2 paham le ye...]

Wednesday, December 9, 2009

Masa terluang..

Erm.. Apa yg korang buat masa2 terluang cuti2 M'sia ni..??
Ak dah naik bosan dok umah diam2.. So, ak lakukan semula rutin harianku.
Setiap hari isnin, selasa, khamis dan jumaat ak work out kat gym.
Sabtu and ahad plak ak kua g jogging pusing tasik Likas, Kota Kinabalu.
Kadang2 tu kalu member ajak men futsal, sambung la sampai lewat malam. hehe..
Yes, ak masih lagi d sabah. 26hb ni balek UPM semula. Dah nak naik sem baru ni.
Result camna ek..?? Tah la, malas nak fikir dlu. Relaxkan fikiran kejap.. hehehe..


Dah lama kan ak tak menulis blog ni..? Hrmm.. Ntah la..
Nak kata sebok, tak jgak. Nak kata free, malas plak mo menulis dah.. Aduhai..~~
Tp memang kalu kita buka telinga n then dgar bukaan kata org len yg mematikan,
terus kita turut mematikan niat utk menulis cereka rama yg menarik hasil tulisannya.
Ape ape aje la..~~ Ada aku kesah..?? hahaha..


[Saja ku selitkan sedikit gambar muka2 tahan bosan kat umah n kat mna2 ni] hehehe..