Thursday, October 29, 2009

Sakitnya..

Aku baru menjalankan sesi pemeriksaan kesihatanku di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM pada awal pagi tadi.

Masuk bilik no.7 yang diwakili Dr. Foreigner (x perasan plak nama) yang nampak agak blur dan sedikit tegas dengan pesakitnya. Nasib aku agak baik kerana "mat salleh" ni faham berbahasa Melayu sikit-sikit.

Aku dikatakan dijangkiti "infection" atau jangkitan di bahagian tonsil. No wonder batok-batok je dari semalam. Bersin pun tak henti macam nak rak. Air hingus yang cair menitis laju sahaja pabila derusan angin laju mengena diriku.

Tu pun sempat lagi aku memesan Ice cream sundae cone McD semalam. Makan ice cream memang sungguh enak. Sejuk dan nikmat.
Tapi, inilah akibatnya. Adedeh sakitnya baru kini terasa.. huhuhu..

Tuesday, October 27, 2009

Ketiadaan Air Seketika

Hatiku terguris apabila membaca buliten terteranya di dalam page facebook pagi ini.

Universiti Putra Malaysia Buletin: /2009/ No. : 2380
Sumber: putra.upm.edu.my
Bekalan air akan pulih sepenuhnya pada 28 Oktober 2009 (Rabu).Gunalah air dengan berhemah dan elakkan pembaziran.Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi Bahagian Penyelenggaraan, Pejabat Pembangunan Dan Pengurusan Aset di talian 03-89468888

Barusan sahaja semalam bermain hujan, ada sedikit kebencian kepada kelembapan sebelumnya, baru kini kerinduan kepada kelembapan itu terasa pabila setibanya ketiadaanya. Sungguh menyesal aku memberi sindiran kepadanya sebelum ini. Maafkan aku hujan..

Betapa sukarnya menjalani kehidupan tanpamu disisi.. Ke mana sudah aku hendak mencari pengganti? Maka pada hari ini aku terus melancarkan pencarian, mungkin ke Bangi, atau ke Surau dan masjid sahaja. Adakah siapa yang tahu di mana punca air terdekat di mana? Mahu aku menghukum diriku kala ini. Apapun, kehidupan harus diteruskan jua..

Monday, October 26, 2009

Setelah 1 paper selesai..

Sebaik sahaja paper pertama aku selesai (kenegaraan), aku terus balik bilik dan beradu tanpa memikir apa-apa. Biarkan saja roomate selesaikan assignment BBI yang dah separuh jalan, biarkan perus terus berkeroncong menagih makanan, biarkan saja siang itu pergi menjauh lalu mendekati lewat petang.

Petang itu, aku berniat untuk pergi ke gym, tapi member-member aku ajak pergi jogging la plak. Aku turutkan kata mereka. Bila saja aku on the way menuju Bukit Expo itu, cuaca yang tak begitu panas berubah sedrastiknya. Entahlah, keadaan yang tak berangin, tak pulak ada ribut menyinggah, secara tiba-tiba hujan lebat nak mampos. Kami mencari perlindungan di bawah pondok seketika.

Pabila kecemburuan hujan bertukar muka menjadi sedikit renyai, kami mulakan sesi berjoging yang tertangguh tadi. Namun, tak lama kemudian, hujan tetap juga cemburu melihat gelagat kami lalu menambahkan lagi kelembapanya. Betapa sejuknya tika itu. Aku berdegil lantas terus jua berlari tanpa memikirkan apa-apa. Setelah selesai 3 pusingan mengelilingi bukit yang tak begitu besar itu, aku pun mengaku kalah dengan kehebatan sang hujan. Kami memutuskan untuk balik ke bilik masing-masing pada masa itu.

Aduhai.. Basah kuyup aku dibuatnya. Begitu cemburukah hujan kepadaku?

Friday, October 23, 2009

MAHASISWA SATU MALAYSIA


Arrrrramaitey...~~
Aku bersama rakan2 menyanyikan lagu tema "Menuju Destinasi" pada majlis penutupan Mahsiswa Satu Malaysia bertempat di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia.
Dari kiri: Azfar, Siva, Beyla, Iza, Ajai

Ala-ala Model gitu.. Hehehe..

Kepada semua yang mengenaliku.
Pada 22hb dan 23hb yang lalu, aku menerima panggilan daripada bahagian BKK, HEP, UPM.
Aku dijemput untuk menyertai sesi bergambar bersama ramai lagi model-model UPM daripada pencarian UPM telent yang telah aku sertai beberapa waktu yang lalu.
Best gak ye jadi ala-ala model ni. Syukur gak dapat pendrive 2GB percuma hadiah dari UPM.
Di samping itu, dapat gak bertemu dengan ramai rakan-rakan baru, Oday, Stepeny, Daphne, Muhammad, Syed, Fatin dan ramai lagi. Yang lagi best die, aku ajak skali my roomate masuk bergambar. Tak de la aku sengsara seorang diri menunggu dorang ni bersiap.. hahaha..
Apa-apa pun, aku dah suka bergambar ni. Ada gak member ajak hantar gambar fit-fit ke majalah Maskulin dan Hero Remaja. Waaah.. Confident gila die ni macam gerenty dapat masuk. So, apa-apa pun terserah kepada Allah. Apa saja rezeki atau musibah, aku terima seadanya..

Jumpa lagi pada post yang akan datang.. C ya guys around.. Chiaow..

Tuesday, October 20, 2009

Aku siapa?

Nama saya Muhammad Azfar bin Jamil.
Saya dilahirkan pada 26 Januari 1989, bertempat di Hospital Besar Pulau Pinang.