Monday, November 30, 2009

Cuti oh cuti

Assalamualaikum Bloggers and uninvited readers..~~

Bosanya cuti kalau takde apa2 yg nak dilakukan.
Kehidupan harian kini:
Bangun pagi, makan, online, pergi jogging, pergi gym..
Aduh.. Kalau la aku tak balik sabah cuti sem ni, dapat le duit poket sikit.
Ada tawaran menjadi research assistant kepada lecturer dengan upah yg agak lumayan.
Atau aku balik kampung Mak aku sahaja di Perak. Boleh aku tolong nenek aku jaga warung Beehun Sup die. Ada gak faedahnye.
Tapi kira OK gak balik Sabah ni. Dapat jumpa Ex, member semua, pergi gym hari-hari, futsal lewat malam, drive sne sni dll. hahaha..
Apa-apa pun aku ikotkan aje la. Ok, tak kan complain lagi. Takdir..~~ hehehe..

Dapat gak Raya Haji balik Kampung Ayah aku di Kuala Lumagar, Papar, Sabah.
Daging korban dibahagi kepada semua.
Yang menariknya, my dad pergi bawa balek kepala kerbau tu..!! hahaha..

Habis kami kerjakan kepala tu. Ambil segala yang mampu. Lidah die skali tau.. hehehe..
Ni ada sedikit ratapan blogger semua.. Enjoy.. hehe..

Makan kuih Dodol buatan Makcik ku..

My sis and I with the head of the cow..

Habis kepala kerbau tu dikerjakan.. Ish ish.. Kesian..

Saturday, November 21, 2009

Kembali di Sabah tanah air ku..

Setibanya aku lewat petang 17hb, macam2 perancangan telah aku lakarkan di dalam kepalaku yang agak pening tika itu. Akhirnya, aku pulang ke pangkuan keluargaku yang jauh ku tinggalkan (ye la, kat semenanjung jer pown..)

Bosan, bosan, bosan... xde aktiviti ke kat umah..??
Dah le kereta aku di luar tu tak service lagi.. huh.. tak berpeluang..
Aku hanya beriadah seorang diri, kadang dengan adik ku di kawasan perumahan ku..
Jogging petang-petang, lari naik bukit berdekatan tapak perumahan baru. Habis gondol bukit kat sini.. habuk tebal, pencemaran betol la.. uhuk uhuk.. hahaha..

[Ni gambar lewat petang atas bukit kawasan perumahan aku, Taman Indah Permai] Indah le sgt..~~

Tipu la aku tak kua dari umah jgak mse cuti ni.. Bukan Ice nama dia kalu tak jalan2.. hehehe..
Disebabkan bosan yg amat sgt, aku terus angkat telefon, ajak keluar, ex girl ak yg ada di UMS tak balek2 lagi.. 21hb katanya.. Bawa je kua ngan adek ku, girlfriend die skali.. Double date la sangat.. hahaha.. Kua ke 1Borneo, KK, tengok citer 2012..

Lewat malam esoknya aku kua lagi dengan member main futsal kat SURIA, KK..
Laaama xjmpa member ni walau terkantoi dating kat 1Borneo semalam.. hehehe..
Fuh.. Kaki aku dah hilang sengat dah.. Hanya mampu jaringkan 4 goal saja.. huhuhu..
xpe, lepas ni ak akan mulakan semula program jaga badan aku.. cewah.. hehehe..

Aku tak update sangat dah blog ni dan bahasaku dah tak tahap gaban dah.. Ske hati aku la camne nak mengarang cerita yang merepek kat sini.. Tak ske, jgn hinggap.. hahahahaha..

Tuesday, November 17, 2009

Penuhi masa

Maaf blog, sebab dah lama tak update. Geram, terasa, benci, pahit, pilu, segala rasa ramuan ini bermain di hatiku bila terfikirkan tentang blog-blog yang wujud dalam blogger.com ni. Agaknya tak stabil emosi aku lagi sesudah dilemparkan kata-kata sinis, walaupun sahaja bergurau.

Back to the main point,
Maaf agak sebok kebelakangan ini. Aku telah dipanggil untuk mengambarkan filem koprat pendek UPM pada minggu sepanjang 7 hingga 11 hari bulan lepas. Rezeki mendatang, aku tadah dua tapak tangan. Memang sangat menjadi dan seronoknya tika itu. Namun, hanya saat itu. Pengalaman aku menjadi model dan pelakon untuk mewakili UPM ini amat berharga bagi ku. Dapat aku bertemu rakan-rakan baru.



Malangnya aku tak bisa meneruskan perbualan tika itu semasa aku masih berada di kampus UPM. Keadaan U-spot wireless agak terganggu dan aku sepi 3 hari berturut-turut.
Namun, pada salah satu malam tersebut kami dikejutkan dengan satu insiden kebakaran yang tidak jauh dari blok ku. Aras 4 bilik hujung blok lelaki, kolej 15 terbakar..!! Bomba datang lambat plak masa tu, api dah padam, mahasiswa kita ada kesedaran, bertanggungjawab, padamkan api sebelum merebak. Kecoh satu blok lelaki serumpun.

Aku baru sahaja dapat online masa ini. Ya, aku baru sahaja sampai di pangkuan keluargaku, di negeri aku membesar, di mana ada rumahku syurgaku, Sabah, negeri di bawah bayu. Aku terkejut setibanya di rumah, aku terasa agak kekok bila bilik ku dijajahi kedua adik perempuanku. Tidur di luar lagi la jawabnya. Aku tak kesah, sudah menjadi kebiasaan online hingga ke pagi di ruang tamu hingga tertidur di lantai, kadang berlapis, kadang biar begitu sahaja.

Tak dapat nak borak lama, nak rehat malam ni, baru sampai dari KLIA lewat petang tadi. Jika hari esok ada lagi, aku akan teruskan lagi, walau tak digemari, menulis karyaku, lirikku, segala apa dalam ketiga-tiga blog aku. Gerak dulu k, chiaow..~~