Monday, October 26, 2009

Setelah 1 paper selesai..

Sebaik sahaja paper pertama aku selesai (kenegaraan), aku terus balik bilik dan beradu tanpa memikir apa-apa. Biarkan saja roomate selesaikan assignment BBI yang dah separuh jalan, biarkan perus terus berkeroncong menagih makanan, biarkan saja siang itu pergi menjauh lalu mendekati lewat petang.

Petang itu, aku berniat untuk pergi ke gym, tapi member-member aku ajak pergi jogging la plak. Aku turutkan kata mereka. Bila saja aku on the way menuju Bukit Expo itu, cuaca yang tak begitu panas berubah sedrastiknya. Entahlah, keadaan yang tak berangin, tak pulak ada ribut menyinggah, secara tiba-tiba hujan lebat nak mampos. Kami mencari perlindungan di bawah pondok seketika.

Pabila kecemburuan hujan bertukar muka menjadi sedikit renyai, kami mulakan sesi berjoging yang tertangguh tadi. Namun, tak lama kemudian, hujan tetap juga cemburu melihat gelagat kami lalu menambahkan lagi kelembapanya. Betapa sejuknya tika itu. Aku berdegil lantas terus jua berlari tanpa memikirkan apa-apa. Setelah selesai 3 pusingan mengelilingi bukit yang tak begitu besar itu, aku pun mengaku kalah dengan kehebatan sang hujan. Kami memutuskan untuk balik ke bilik masing-masing pada masa itu.

Aduhai.. Basah kuyup aku dibuatnya. Begitu cemburukah hujan kepadaku?

2 comments:

Anonymous said...

eit..gud luck 4 d exam :)

ICE said...

Thanx.. Appreciate that.. U 2.. Hope that we will be successful in the upcoming test.. See you around then..

Post a Comment