Tuesday, October 27, 2009

Ketiadaan Air Seketika

Hatiku terguris apabila membaca buliten terteranya di dalam page facebook pagi ini.

Universiti Putra Malaysia Buletin: /2009/ No. : 2380
Sumber: putra.upm.edu.my
Bekalan air akan pulih sepenuhnya pada 28 Oktober 2009 (Rabu).Gunalah air dengan berhemah dan elakkan pembaziran.Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi Bahagian Penyelenggaraan, Pejabat Pembangunan Dan Pengurusan Aset di talian 03-89468888

Barusan sahaja semalam bermain hujan, ada sedikit kebencian kepada kelembapan sebelumnya, baru kini kerinduan kepada kelembapan itu terasa pabila setibanya ketiadaanya. Sungguh menyesal aku memberi sindiran kepadanya sebelum ini. Maafkan aku hujan..

Betapa sukarnya menjalani kehidupan tanpamu disisi.. Ke mana sudah aku hendak mencari pengganti? Maka pada hari ini aku terus melancarkan pencarian, mungkin ke Bangi, atau ke Surau dan masjid sahaja. Adakah siapa yang tahu di mana punca air terdekat di mana? Mahu aku menghukum diriku kala ini. Apapun, kehidupan harus diteruskan jua..

0 comments:

Post a Comment