kekecohan kehidupanku disemadikan begini
Tujuan utama pada tika itu adalah untuk menjual "apam balik". Tetapi dengan dukacitanya (cewah.. dah start dah ni) pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu tidak membenarkan peniaga untuk memasak di kawasa perniagaan. So, dgn erti kata lain, tak dapek dah nak bukak kedai ni. Aduhai. Lalu, kami memutuskan untuk menjual air minuman tin sahaja pada malam itu.
Keadaan agak lengang pada mulanya, barusan sahaja tahu yg gaji goverment servant untuk bulan ini adalah pada 17hb Dec. So, nak tak nak, bkak aje lot tu. Memang agak mencabar nak jual air tin aje ni. Sampai ada member jadi frust tau (Umar dan Adam ikut kami berjual gak. Saje letak nama, kenal ke?) Jadi, keluar la mcm2 cadangan nak tambah pemainis la, produk la, barang la. Macam2 la dorang ni. Layaan je. Natijahnya, memang tak best langsung jual air tin. Bikin panas itu DBKK nda mo kasi kami masak kuih. Atuuuuukooooiii..~~ [kalu x paham tu, buat2 paham le ye...]